NATIONAL DISASTER MANAGEMENT ASSOCIATION

PERSATUAN PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAN

NADIM Malaysia Berkongsi Pengalaman CBDRM di Resilient Asia 2026 Forum

National Disaster Management Association Malaysia (NADIM Malaysia) telah menyertai Resilient Asia 2026 Forum yang diadakan pada 26 April 2026.

Forum ini menghimpunkan wakil pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin komuniti yang aktif dalam memperkukuh daya tahan komuniti serta Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM).

Pengerusi NADIM Malaysia, Tuan Roslan bin Ab Ghani, telah mengambil bahagian sebagai salah seorang ahli panel dalam forum tersebut. Beliau berkongsi pengalaman dan inisiatif NADIM Malaysia dalam melaksanakan program Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM).

Perbincangan turut merangkumi penyediaan pelan kecemasan komuniti, pemetaan risiko tempatan serta peranan penting komuniti dalam perancangan dan pelaksanaan langkah pengurangan risiko bencana.

Penyertaan NADIM Malaysia dalam forum tersebut turut membuka peluang untuk bertukar pengetahuan dan pengalaman dengan organisasi lain yang terlibat dalam pengurusan bencana dan pembangunan komuniti.