NATIONAL DISASTER MANAGEMENT ASSOCIATION

PERSATUAN PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAN

NADIM Malaysia

Memperkukuh Daya Tahan Komuniti Melalui Persediaan Menghadapi Bencana

NADIM Malaysia ialah sebuah NGO kebangsaan yang memberi tumpuan kepada tindak balas bencana, kesiapsiagaan dan daya tahan komuniti.

Teras Kami

Komuniti Bersedia. Tindak Balas Berkesan.

NADIM memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti berdaya tahan melalui inisiatif kesiapsiagaan, termasuk latihan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dan pembangunan kapasiti. Dengan sokongan penyelarasan kukuh bersama agensi dan rakan strategik, kami memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan ketika berlakunya bencana.

Peranan Kami

Bersama komuniti ketika bantuan paling diperlukan

Kesiapsiagaan & Latihan

Meningkatkan keupayaan komuniti menghadapi bencana melalui program Latihan Jurulatih (ToT), program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dan pelbagai inisiatif persediaan menghadapi bencana.

Tindak Balas Kecemasan

Menggerakkan pasukan dan sumber dengan segera untuk membantu komuniti semasa bencana.

Koordinasi

Bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, NGO dan rakan strategik bagi memastikan tindak balas bencana yang tersusun, bersepadu dan berkesan.

Sokongan Komuniti

Mengurus agihan bantuan, pemantauan kebajikan serta sokongan langsung untuk keluarga yang terkesan.

Diasaskan
0
Keluarga Dibantu
0 +
Tempat Perlindungan Disediakan
0 +
Keluarga Ditempatkan
0 +

Aktiviti, Program Teknikal dan Acara Strategik Semasa

Ikuti perkembangan semasa NADIM dalam usaha menyokong keselamatan negara. Paparan ini menghimpunkan misi bantuan terkini, program latihan teknikal dan acara strategik bersama pihak berkepentingan di seluruh Malaysia untuk dikongsikan secara terbuka dengan komuniti.

CBDRM Lima Jajahan Berisiko Tinggi di Kelantan 2026
Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan NADIM Malaysia Kali Ke-6
Sesi Latihan Tenaga Pengajar (ToT) CBDRM untuk Pensyarah UMK