National Disaster Management Association Malaysia (NADIM Malaysia) telah melaksanakan CBDRM Training of Trainers (ToT) Workshop for Kelantan 2026 pada 20 hingga 21 Jun 2026.
Bengkel ini melibatkan ahli NADIM Malaysia dan rakan strategik daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini dianjurkan untuk melatih peserta menjadi tenaga pengajar dalam bidang Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM).
Sepanjang bengkel, peserta diperkenalkan kepada konsep asas CBDRM, kaedah penyampaian modul latihan serta panduan pelaksanaan program CBDRM dalam komuniti setempat.
Program ini turut menyediakan platform kepada NADIM Malaysia dan UMK untuk menilai serta menambah baik modul CBDRM sedia ada agar kandungannya sesuai dengan keperluan, risiko dan keadaan komuniti setempat di Kelantan.
Latihan ini merupakan sebahagian daripada persediaan bagi pelaksanaan CBDRM 5 Jajahan Berisiko Negeri Kelantan 2026.
Kerjasama strategik ini diharap dapat membantu fasilitator terlatih memperluas pelaksanaan program CBDRM serta membina keupayaan komuniti setempat dalam membuat persediaan terhadap risiko bencana.




