Tarikh aktiviti: 18 Julai 2026
Masa: 8:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat: Smart Classroom, Block D02, Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
National Disaster Management Association Malaysia (NADIM Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-6 pada 18 Julai 2026 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
Mesyuarat ini dianjurkan untuk membentangkan perkembangan persatuan sepanjang penggal 2024/2025 serta membincangkan perancangan dan hala tuju NADIM Malaysia bagi penggal berikutnya.
Antara perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pengesahan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-5, laporan aktiviti persatuan bagi tahun 2024 dan 2025, serta laporan kewangan beraudit untuk kedua-dua tahun.
Turut dilaksanakan ialah pembubaran jawatankuasa 2024/2025 dan proses pemilihan jawatankuasa baharu untuk penggal 2026/2027.
Mesyuarat ini turut memberi peluang kepada ahli berdaftar untuk mengemukakan dan membincangkan usul berkaitan pengurusan, program serta pembangunan NADIM Malaysia.
Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan berperanan sebagai platform penting untuk memastikan pengurusan persatuan dilaksanakan secara tersusun dan telus, sejajar dengan objektif NADIM Malaysia.












